Artikel

ASJ30

Feature

ANUGERAH SUKAN JOHOR XXX



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor akan menganjurkan acara gilang-gemilang Anugerah Sukan Johor kali ke-30. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak.

Anugerah Sukan Johor merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan atlet, persatuan sukan dan penggerak-penggerak sukan negeri Johor.

Sebanyak 12 kategori anugerah untuk dimenangi pada ASJ30 iaitu:

1. Anugerah Olahragawan
2. Anugerah Olahragawati
3. Anugerah Olahragawan Harapan
4. Anugerah Olahragawati Harapan
5. Anugerah Kepimpinan Sukan Johor
6. Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik Johor
7. Anugerah Pasukan Wanita Terbaik Johor
8. Anugerah Persatuan Sukan Terbaik
9. Anugerah Majlis Sukan Daerah Terbaik
10. Anugerah Khas Juri (Individu)
11. Anugerah Khas Juri (Organisasi)
12. Anugerah Tokoh Sukan

___

Sila imbas kod QR untuk memuat turun borang pencalonan, tarikh tutup penyerahan borang pencalonan adalah pada 15 Jun 2023.

PENCALONAN ADALAH MELALUI PERSATUAN SUKAN SAHAJA.


#MSNJ
#RiseUpJohor
#ASJXXX
#DemiJohor
#believe
Metadata:
"ANUGERAH SUKAN JOHOR XXX" was posted on by the Rise Up Johor content team.
Articles section: 38611 views