Artikel

Sains Sukan

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports

Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) akan menganjurkan Sukan Makmur XTIF Johor 2021 bermula 17 September 2021 hingga 11 Disember 2021.

Pertandingan e-sports terbesar dianjurkan di dalam Negeri Johor ini akan dipertandingkan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat Negeri (Grand Final). Sebanyak 26 parlimen akan mengambil bahagian dan dijangkakan akan melibatkan lebih 300,000 peserta yang terdiri dari golongan belia.

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-sports mempertandingkan dua kategori iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dengan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bagi kedua-dua kategori bernilai RM124, 000.00. Pertandingan kategori MLBB bagi peringkat Parlimen akan berlangsung bermula pada 17 September 2021 hingga 12 Oktober 2021, manakala peringkat negeri akan diadakan pada 20 hingga 23 Oktober 2021.

Tarikh penganjuran PUBGM pula akan diumumkan kemudian menerusi laman media sosial rasmi MSNJ (Facebook & Instagram) @riseupjohor.

Ayuh komuniti MLBB di negeri Johor untuk bersama-sama memeriahkan zon parlimen masing-masing dan berentap untuk mendapatkan tiket ke Grand Final.

Kategori :

Mobile Legends - Berpasukan Nilai hadiah : RM 62,000.00 [DAFTAR SEKARANG!!!] Pendaftaran (MLBB): https://forms.gle/fZZcpcwPcMGCB87F9

PUBG Mobile - Berpasukan Nilai hadiah RM 62,000.00 [PENDAFTARAN BELUM DIBUKA]

Sebarang pertanyaan sila hubungi; Haikal: 011-11926202 (8 pagi - 8 malam) Adib: 019-7129232 (8 pagi - 5 petang)

#MSNJ #RiseUpJohor #SukanMakmurXtifJohorEsports #XTIFJohor #DXstream #mlbb #JBEA #MESF #dxstreamesportclub #agolaesportstudio #playbookx #esports

Metadata:
"Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports" was posted on by the Rise Up Johor content team.
Articles section: 15759 views