Artikel

Sains Sukan

Tips Bersahur Sepanjang Ramadhan

Amalan bersahur adalah sunnah rasulullah. Sahur merupakan peluang terakhir untuk kita mengambil sejumlah makanan untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan puasa dalam tempoh lebih kurang 13-14 jam.

Amalan bersahur adalah sunnah rasulullah. Sahur merupakan peluang terakhir untuk kita mengambil sejumlah makanan untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan puasa dalam tempoh lebih kurang 13-14 jam.

Oleh itu, pemilihan makanan yang betul dan seimbang sangat penting untuk memastikan kita bertenaga pada siang hari .

Berikut saya sertakan tip-tips pemakanan ketika bersahur:

  1. Lewatkan waktu bersahur. Kita sangat digalakkan untuk melewatkan waktu bersahur lebih kurang 30 minit sebelum imsak.
  2. Makan makanan dari jenis karbohidrat kompleks. Karbohidrat merupakan penyumbang tenaga utama. Ada 2 jenis karbohidrat iaitu
  3. Jenis yang cepat diserap oleh tubuh , dimana jika dimakan ia akan cepat memberikan tenaga kepada kita tetapi dalam jangkamasa pendek sahaja ( lebih kurang 1-2 jam sahaja). Contoh makanan tersebut adalah kuih manis, air manis , jus buah, nasi putih). Nasi putih sekiranya dimakan bersama sayur dan protein akan membekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama,.
  4. Jenis kedua pula adalah karbohidrat yang lambat diserap disebabkan oleh kandungan seratnya menyebabkan badan akan mendapat tenaga secara sedikit-sedikit , stabil dan dalam tempoh masa lebih lama. Contoh seperti beras perang, roti gandum, oats dsb.
  5. Masukkan juga buah buahan dalam senarai makanan bersahur. Pilih buah yang mempunyai kandungan air tinggi. Pastikan makan buah yang segar dan tidak dibuat jus untuk menambahkan serat dalam hidangan sahur. Sekiranya dibuat jus,, pastikan tidak ditapis.
  6. Tingkatkan pengambilan air kosong – digalakkan mengambil 3 gelas air kosong semasa bersahur. Boleh masukkan 1 hidangan susu ( juga sebagai pembekal magnesium , kalsium, dan protein )
  7. Hadkan minuman berkafein – mempercepatkan kehilangan air dari badan .
  8. Hadkan makanan bergoreng – merumitkan proses pencernaan kerana memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk dicerna.
  9. Hadkan makanan masin dan terproses semasa sahur untuk mengelakkan rasa haus dan dehidrasi disiang hari.
Metadata:
"Tips Bersahur Sepanjang Ramadhan" was posted on by the Rise Up Johor content team.
Articles section: 8867 views

Countdown To The 20th Sukma Games

SUKMA 2020 Maskot