Program

Program

TITANIUM

PROGRAM TITANIUM merupakan tahap tertinggi bagi atlet untuk melayakkan diri tersenarai dalam kontinjen SUKMA Johor. Prestasi atlet dipantau serta dinilai bukan sahaja berdasarkan keputusan pertandingan malah ketika sesi latihan dijalankan. Atlet yang telah memenangi pingat pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan boleh beraksi pada SUKMA seterusnya akan dilantik di bawah Program Titanium secara automatik.

Kriteria atlet yang layak di bawah Program Titanium adalah seperti berikut:

  1. Berumur 21 tahun ke bawah pada tahun SUKMA dianjurkan.
  2. Atlet kelahiran atau bermastuatin di Negeri Johor.
  3. Mencapai had kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (Rank 1-3).
  4. Mengekalkan prestasi dan kedudukan semasa sehingga Sukan Malaysia.
  5. Bebas daripada masalah disiplin.
  6. Bebas daripada kecederaan kekal.
  7. Bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
  8. Prestasi akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April dan Ogos.
  9. Bagi atlet yang memenangi pingat pada tahun SUKMA sebelumnya secara automatik akan dilantik kedalam Program Titanium bermula bulan Disember pada tahun SUKMA berlangsung.

Program Titanium mempunyai tiga (3) fasa kelayakan bagi melayakkan atlet untuk berada di dalam program tersebut. Setiap atlet perlu melepasi tahap-tahap kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor.

3 tahap kelayakan tersebut adalah:

  • PROGRAM PLATINUM
  • PROGRAM ATLET PROJEK
  • PROGRAM GOLD

Setiap program mempunyai syarat-syarat kelayakan dengan menekankan aspek prestasi atlet, tahap kecergasan atlet, tahap umur atlet dan perkara-perkara yang melibatkan pencapaian seseorang atlet itu yang boleh dijadikan sebagai merit.

Setiap program mempunyai kelebihan dari segi elaun, keperluan latihan, pendedahan pertandingan dalam/luar negeri, bantuan perkhidmatan sains sukan, bantuan peralatan dan program-program sampingan yang disediakan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor.

Program

PLATINUM

PROGRAM PLATINUM merupakan program penyediaan atlet untuk layak ke Sukan Malaysia.

Atlet yang berada di dalam Program Platinum diberikan latihan khusus sebelum layak diserapkan ke Program Titanium. Atlet yang dipilih untuk berada di bawah program ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 21 tahun ke bawah pada tahun SUKMA dianjurkan.
  2. Atlet kelahiran atau bermastuatin di Negeri Johor.
  3. Mencapai had kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (Rank 4-5).
  4. Mengekalkan prestasi dan kedudukan semasa sehingga Sukan Malaysia.
  5. Bebas daripada masalah disiplin.
  6. Bebas daripada kecederaan kekal.
  7. Bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
  8. Prestasi akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April dan Ogos.
Program

ATLET PROJEK

ATLET PROJEK merupakan satu program yang memberi peluang kepada atlet-atlet baru dan belum melepasi had kelayakan.

Atlet Projek ini akan dinilai dari segi beberapa ujian antaranya adalah ujian fizikal,ujian kecergasan, dan ujian spesifik sukan yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dan jurulatih.

Atlet Projek merupakan atlet untuk jangka masa panjang yang diberikan latihan yang khusus dalam memastikan mereka layak ke Program seterusnya.

Atlet Projek ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria berikut:

  1. Berumur 9-17 tahun.
  2. Atlet kelahiran atau bermastuatin di Negeri Johor.
  3. Perlu mempunyai peningkatan prestasi setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.
  4. Bebas daripada masalah disiplin.
  5. Bebas daripada kecederaan kekal.
  6. Bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
  7. Prestasi akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April dan Ogos.
Kelayakan Program Dan Kelebihan
Titanium
  • Had Kelayakan SUKMA RANK 1-3
  • Elaun
  • Subsidi Peralatan Latihan Peribadi RM1000 Setahun
  • Bantuan Latihan/Kejohanan Dalam Dan Luar Negara
  • Insurans/Perubatan
  • Bantuan Makanan & Minum ATAU
  • Bantuan Makanan Tambahan
  • Kepakaran Sains Sukan
Platinum
  • Had Kelayakan SUKMA RANK 5
  • Elaun
  • Bantuan Latihan/Kejohanan Dalam Dan Luar Negara
  • Bantuan Pengangkutan
  • Insurans/Perubatan
  • Bantuan Makanan & Minum ATAU
  • Bantuan Makanan Tambahan
  • Kepakaran Sains Sukan
Projek
  • Atlet yang dicadangkan oleh ketua jurulatih dan dipersetujui Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Bantuan Latihan/Kejohanan
  • Bantuan Pengangkutan/Insurans/Perubatan
  • Bantuan Makanan & Minum
Program

GOLD

PROGRAM GOLD merupakan inisiatif MSNJ di bawah kendalian Bahagian Pembangunan Sukan untuk mengenalpasti bakat-bakat muda.

Sukan yang diletakkan di bawah program ini adalah terdiri daripada sukan teras atau sukan wajib dlm Temasya Sukan Malaysia. Sukan Gold yang dibangunkan di Johor adalah seperti di bawah:

  1. Memanah
  2. Menembak
  3. Berbasikal
  4. Olahraga
  5. Renang
  6. Silat
  7. Wushu
  8. Tenpin Boling
  9. Terjun
  10. Lawn Bowl
  11. Gimnastik
  12. Gimrama
  13. Tinju
  14. Pelayaran

Countdown To The 20th Sukma Games

SUKMA 2020 Maskot